Bukan satu, bukan dua tetapi enam laporan kes seksual babitkan pendakwah selebriti

0
969
Pendakwah selebriti berumur 25 tahun direman lima hari bermula Jumaat lalu bagi kes pertama


CYBERJAYA- Polis Selangor mengesahkan pihaknya menerima enam laporan berkaitan kes seksual membabitkn pendakwah selebriti yang telah direman sebelum ini berhubung kes merogol kenalan Instagram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, enam laporan berkenaan membabitkan lima di daerah Shah Alam dan satu di daerah Petaling Jaya.

“Suspek yang tamat reman untuk kes pertama hari ini akan dipohon sambungan remannya bagi siasatan kes yang baharu diterima.

“Siasatan dijalankan dibawah kesalahan seksual seperti Seksyen 376 ( rogol), 354 (cabul), 377 (seks luar tabii) dan 323 (mencederakan) mengikut Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sementara itu, Fadzil turut menyeru sekiranya terdapat lagi mangsa-mangsa lain agar tidak bimbang untuk tampil membuat laporan polis.

Media sebelum ini melaporkan seorang pendakwah selebriti berumur 25 tahun direman lima hari bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan kes merogol seorang wanita pada September tahun lalu.

Suspek yang juga bekas peserta program realiti agama sebuah televisyen swasta itu ditahan kira-kira pukul 11 malam pada 26 September lalu selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here