Chang’e-5 bawa pulang tanah bulan untuk penyelidikan

0
106
Pendaratan kapal prob Chang’e-5 di wilayah autonomi Mongolia baru-baru ini. foto- AP

BEIJING – Sampel tanah dari bulan yang dibawa pulang kapal penyelidikan Chang’e-5 akan digunakan untuk tujuan penyelidikan saintifik Jabatan Pentadbiran Angkasa Lepas Negara China (CNSA).

Ketua Pengarah CNSA, Zhang Kejian berkata, upacara penyerahan sampel tanah yang diadakan di Beijing semalam itu menandakan misi angkasa lepas China kini memasuki fasa penyelidikan saintifik. 

Beliau berkata, China mengalu-alukan penyertaan penyelidik dari dalam dan luar negara dalam usaha mencapai lebih banyak penemuan sains berkaitan.

Sementara itu, pakar penyelidikan planet dari Universiti Geosciences (Wuhan), Profesor Xiao Long menjelaskan bahawa lokasi pendaratan Chang’e-5 di bulan kali ini berbeza dengan pendaratan terdahulu. 

“Gunung berapi di lokasi itu mungkin yang paling muda. Penyelidikan terhadap sampel itu amat signifikan bagi mengetahui umur bulan yang sebenar,’’ katanya.

Prob Chang’e-5 yang dilancarkan pada 24 November,  menyelesaikan misi beralih dari orbit bumi ke orbit bulan, mendarat, mengambil sampel tanah dan batu serta mengelilingi bulan.

Chang’e-5 berjaya menyelesaikan semua misinya apabila selamat mendarat di daerah Siziwang, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China pada Khamis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here