Covid-19: 1,153 kes baharu, 5 kluster baharu dikesan

0
104

CYBERJAYA – Sebanyak 5 kluster baharu Covid-19 dikesan di seluruh negara pada hari ini, menjadikan keseluruhan kluster yang dilaporkan di dalam negara kepada 440.

Kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, 2 daripada kluster baharu tersebut berada di Sabah, dan masing-saing satu di Selangor, Johor dan Kelantan.

“Pada hari ini, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,153 kes.

“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 91,969 kes,” kata Dr. Noor Hisham dalam satu kenyataan.

Negeri Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 401 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 281 kes, dan Sabah dengan 199 kes.

“Pada hari ini (juga), bilangan kes sembuh adalah sebanyak 998 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya kepada 76,242 kes,” tambah beliau.

Setakat ini, masih terdapat sebanyak 15,294 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif, dan kesemuanya sudah diasingkan bagi menerima rawatan.

“Sehingga kini, terdapat 112 kes positif yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), di mana 56 kes memerlukan bantuan pernafasan,” tambah Noor Hisham.

Beliau turut memaklumkan, terdapat 1 pertambahan kes kematian, menjadikan angka keseluruhan kes kematian kepada 433 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here