Covid-19: 1,371 kes baharu di seluruh negara

0
69

CYBERJAYA – Kes baharu Covid-19 masih melaporkan empat angka apabila sebanyak 1,371 kes dilaporkan di seluruh negara, hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, hanya satu daripada kes yang dilaporkan melibatkan kes import, manakala selebihnya adalah kes penularan tempatan.

“Negeri Selangor masih kekal melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 532 kes di mana 420 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang giat dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh negeri Sabah sebanyak 283 kes dan Negeri Sembilan sebanyak 260 kes,” kata Dr. Noor Hisham.

Angka baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pandemik ini yang dilaporkan di dalam negara kepada 84,846 kes.

Sementara itu, sebanyak 1,204 kes diklasifikasikan sebagai telah sembuh, menjadikan angka keseluruhan kes sembuh kepada 70,597 kes.

Setakat ini, masih terdapart sebanyak 13,830 kes yang masih aktif di seluruh negara, dan kesemuanya sudah diasingkan bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 114 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 62 daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Angka kematian turut bertambah kepada 419 kes apabila sebanyak 4 laporan kematian diterima.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here