Covid-19: 1,594 kes baharu, Selangor masih catat bilangan kes tertinggi

0
74

CYBERJAYA – Sebanyak 1,594 kes harian baharu Covid-19 direkodkan di seluruh negara pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pandemik yang dilaporkan dalam negara kepada 106,690 kes.

“Negeri Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 697 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 194 kes, dan Johor dengan 191 kes,” kata Dr. Noor Hisham dalam satu sidang akhbar hari ini.

Bilangan kes sembuh pada hari ini pula adalah sebanyak 1,181 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kepada 85,592 kes.

Setakat ini, terdapat sebanyak 20,643 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan sedang diberi rawatan.

Daripada jumlah itu, terdapat 116 kes yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, angka keseluruhan kematian turut bertambah kepada 455 kes apabila 3 kes kematian dilaporkan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here