Covid-19 : 2,062 kes baharu dengan 1 kematian

0
153
Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 2,062 kes baharu Covid-19 bagi tempoh 24 jam yang lalu menjadikan kes kumulatif wabak itu di negara ini kini berjumlah 97,389 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan bilangan kes tertinggi sebanyak 1,014 kes, diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (504); Sabah (252); Johor (167) dan Negeri Sembilan (57).

Kes baharu di Pulau Pinang pula direkodkan sebanyak (23); Perak (17); Melaka (9); Pahang (6); Kedah (5); Kelantan (4); dan masing-masing sifar kes di Terengganu dan Sarawak.

Dr. Noor Hisham berkata, peningkatan itu menjadikan kes aktif dengan kebolehjangkitan di dalam negara kini sebanyak 17,646 kes.

Katanya, satu kematian direkodkan dalam tempoh yang sama menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu sebanyak 439 kes di negara ini.

“Kematian ke-439 itu membabitkan seorang lelaki bukan warganegara berusia 69 tahun yang jenazahnya dibawa ke Hospital Labuan.

“Setakat hari ini terdapat 111 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 51 kes memerlukan bantuan pernafasan,’’ katanya dalam sidang media harian berkaitan Covid-19 hari ini.

Sementara itu, sebanyak 911 kes sembuh dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 adalah 79,304 kes atau 81.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here