Covid-19: 851 kes baharu dilaporkan, kes Selangor tertinggi

0
95
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Sebanyak 851 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan di dalam negara setakat tengah hari tadi.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), 847 daripada kes yang dilaporkan pada hari ini adalah akibat penularan tempatan, manakala 4 lagi adalah kes import.

Negeri yang merekodkan angka tertinggi bagi kes penularan tempatan adalah Selangor dengan 249 kes, diikuti Sabah dengan 229, dan Johor dengan 102 kes.

Angka baharu ini menjadikan angka keseluruhan kes pandemik yang dilaporkan di dalam negara kepada 68,020 kes.

Sementara itu, sebanyak 658 kes telah diklasifikasikan sebagaui telah sembuh, menjadikan angka keseluruhan kes sembuh kepada 56,969 kes.

Pada waktu ini, terdapat sebanyak 10,686 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif, dan kesemuanya sudah diasingkan bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 122 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 47 daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Angka kematian keseluruhan turut naik kepada 365 kes apabila 2 lagi kes kematian dilaporkan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here