Covid-19: Angka kes sembuh sedikit tinggi daripada kes baharu

0
112
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Angka kes sembuh sedikit melebihi kes baharu Covid-19 hari ini apabila sebanyak 1,297 kes diklasifikasikan sebagai telah sembuh daripada wabak tersebut, berbanding 1,220 kes baharu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kepada 74,030 kes.

“Pada hari ini, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,220 kes, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 89,133 kes,” kata Dr. Noor Hisham.

Beliau turut berkata, negeri Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 368 kes, dengan 247 kes yang dilaporkan adalah dari kluster-kluster dan saringan kontak rapat yang giat dijalankan di lapangan.

“Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula yang melaporkan sebanyak 297 kes, diikuti Sabah dengan 184 kes,” kata beliau lagi.

Setakat ini, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah sebanyak 14,671 kes.

Daripada jumlah itu, terdapat 106 kes yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 53 kes daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Sementara itu, terdapat pertambahan 3 kes kematian, dengan 2 kes di Sabah dan 1 lagi di Johor, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat pandemik itu kepada 432 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here