Covid-19: Britain bakal jadi negara Eropah pertama luluskan vaksin Pfizer

0
137

LONDON – Britain dijangka menjadi negara Eropah pertama yang meluluskan penggunaan vaksin Covid-19.

Menurut The Guardian, vaksin keluaran Pfizer/BioNTech dijangka akan diberi kelulusan oleh badan regulatori perubatan negara tersebut, Badan Kawalselia Perubatan dan Produk Kesihatan (MHRA), seawal hari ini.

Difahamkan, negara tersebut telah membuat pesanan vaksin keluaran firma farmaseutikal itu sebanyak 40 juta dos, dengan 10 juta dos bagi kegunaan pada tahun ini.

Sejurus tiba dari Belgium, di mana vaksin tersebut dihasilkan, MHRA dan Kementerian Kesihatan Britain akan melakukan ujian kualiti bagi memastikan kesemuanya berada dalam keadaan baik.

Sementara itu, MHRA sedang turut meneliti dapatan data daripada satu lagi pembuat vaksin iaitu Universiti Oxford/AstraZeneca yang melaporkan kadar keberkesanan sebanyak 62 peratus pada skala besar, dan 90 peratus pada sukarelawan yang berumur di bawah 55 tahun.

Laporan menyebut, Britain telah memesan sebanyak 100 juta dos vaksin ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here