Covid-19: Doktor alami reaksi alahan selepas terima vaksin Moderna

0
219

NEW YORK – Seorang doktor yang mengalami reaksi alahan selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 memberitahu dia mempunyai alahan terhadap makanan laut.

Menurut CNN, Dr. Hossein Sadrzadeh yang bertugas di Pusat Perubatan Boston menerima satu dos vaksin buatan firma Moderna pada Khamis.

“Selepas menerima suntikan tersebut, saya mula berasa pening dan jantung saya berdegup dengan laju,” kata Dr. Hossein.

“…kira-kira 6 ke 7 minit selepas disuntik, saya berasa lidah dan tekak saya mula bereaksi sama seperti yang berlaku selepas saya memakan makanan laut,” tambah Dr. Hassan.

Beliau kemudiannya menggunakan EpiPen ke atas dirinya dan terus dihantar ke unit kecemasan.

“Saya menyeru supaya individu yang mempunyai alahan supaya bersedia dengan EpiPen anda selepas mengambil vaksin ini,” kata Dr. Hassan lagi.

Ini merupakan insiden pertama dilaporkan mengenai reaksi alahan yang disebabkan oleh vaksin keluaran Moderna.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here