Covid-19: Johor catat kes baharu harian tertinggi

0
139

CYBERJAYA – Negeri Johor menjadi negeri tertinggi dengan kes positif baharu apabila sebanyak 607 kes dilaporkan bagi hari ini.

Negeri kedua tertinggi adalah Selangor dengan 407 kes, diikuti Sabah dengan 280 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), secara keseluruhannya, sebanyak 1,870 kes baharu dilaporkan di seluruh negara, dengan hanya 2 kes import.

Angka ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yag dilaporkan di dalam negara kepada 110,485 kes.

Sementara itu, sebanyak 745 kes telah diklasifikasikan sebagai pulih daripada pandemik tersebut, menjadikan angka keseluruhan kes sembuh kepada 87,460 kes.

Setakat ini, masih terdapat sebanyak 22,562 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 131 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), yang mana 62 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah keseluruhan angka kematian turut bertambah kepada 463 kes apabila sebanyak 6 kematian dilaporkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here