Covid-19: Kes baharu berkurangan sedikit berbanding semalam

0
77
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Jumlah kes harian Covid-19 hari ini turun sedikit berbanding semalam dengan merekodkan kes baharu sebanyak 1,810 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini mejadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 12,734 kes.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 11 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah 1,799 kes.

“Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 829 kes (45.8 peratus) di mana 685 kes (82.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang giat dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 532 kes (29.4 peratus) dan Kuala Lumpur sebanyak 132 kes (7.3 peratus),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 184 kes (10.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan kluster Rumah Merah (150 kes), kluster Tembok (18 kes), kluster Bakti (13 kes), dan kluster Penjara Jalan Harapan (3 kes).

Dalam pada itu, katanya, secara keseluruhan sebanyak 937 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Katanya, kes kematian pula mencatatkan enam kes baharu yang mana lima kes di Sabah dan satu kes di Pulau Pinang.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here