Covid-19: Kes baharu di Negeri Sembilan naik mendadak

0
217
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Negeri Sembilan mencatatkan bilangan kes Covid-19 tertinggi hari ini apabila sebanyak 541 kes dilaporkan.

Negeri kedua dengan kes tertinggi adalah Selangor dengan 426 kes, dan Sabah dengan 248 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan, peningkatan ketara di Negeri Sembilan adalah akibat kewujudan satu kluster baharu, kluster Bakti yang mencatat sebanyak 500 kes.

Secara keseluruhannya, sebanyak 1,600 kes baharu dilaporkan di dalam negara pada hari ini. Daripada jumlah itu, sebanyak 1.597 kes adalah akibat penularan tempatan manakala 3 lagi adalah kes import.

Pertambahan ini menjadikan angka keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 74,294 kes.

Sementara itu, sebanyak 1,033 kes diklasifikasikan sebagai telah sembuh, menjadikan keseluruhan kes sembuh kepada 62,306 kes.

Pada ketika ini terdapat sebanyak 11,604 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif.

129 daripada kes tersebut dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 57 daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes kematian turut meningkat, apabila 2 lagi kematian dilaporkan, menjadikan angka keseluruhan kes kematian kepada 384 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here