Covid-19: Kes baharu masih catat empat angka

0
75
sanitasi
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Kes baharu Covid-19 di dalam negara masih mencatatkan empat angka apabila sebanyak 1,335 kes dilaporkan di seluruh negara, hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), 1,332 daripada kes yang dilaporkan adalah akibat penularan tempatan, manakala 3 lagi adalah kes import.

Angka ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 72,694 kes.

Selangor merupakan negeri dengan kes tertinggi dengan 337 kes, diikuti Negeri Sembilan dengan 258 kes, dan Sabah dengan 250 kes.

Sementara itu, sebanyak 1,069 kes telah diklasifikasikan sebagah telah pulih dan kesemuanya telah didiscaj daripada hospital, menjadikan angka keseluruhan kes sembuh kepada 61,273 kes.

Setakat ini, terdapat sebanyak 11,039 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan.

Kesemua kes tersebut sudah diasingkan bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 126 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 57 daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Angka keseluruhan kes kematian turut naik kepada 382 apabila sebanyak 2 laporan kematian diterima, masing-masing 1 di Perak dan Johor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here