Covid-19: Kes baharu Selangor, Sabah tertinggi

0
137
DR. NOOR HISHAM

CYBERJAYA – Angka kes sembuh Covid-19 hari ini sedikit melebihi angka kes baharu apabila sebanyak 1,144 kes diisytiharkan sebagai sembuh, berbanding 1,141 laporan kes baharu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, bagi kes baharu yang dilaporkan, sebanyak 1,138 kes adalah akibat penularan tempatan, dengan 3 lagi adalah kes import.

“Negeri dengan kes baharu tertinggi hari ini adalah Selangor dan Sabah dengan 320 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 256 kes, dan Johor dengan 69 kes,” kata Dr. Noor Hisham dalam satu sidang akhbar sebentar tadi.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 70,236 kes.

Bagi kes sembuh pula, angka keseluruhan kes sembuh dalam negara kini bertambah kepada 59,061 kes.

Setakat ini, terdapat sebanyak 10,799 kes yang masih aktif dan kesemuanya sudah diasingkan bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 129 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 53 daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Sementara itu, angka kesemluruhan kematian akibat pandemik ini kekal 376 kes apabila tiada laporan baharu kematian diterima.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here