Covid-19: Kes harian tertinggi baharu hari ini

0
76
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Negara merekodkan angka kes harian tertinggi baharu apabila sebanyak 2,335 kes dilaporkan, hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 2,324 daripada kes yang dilaporkan adalah akibat penularan termpatan, manakala 11 lagi adalah kes import.

Bagi hari ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatat angka kes tertinggi iaitu 728 kes, diikuti Selangor dengan 710 kes, dan Johor dengan 412 kes.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di dalam negara kepada 103,900 kes.

Sementara itu sebanyak 874 kes diklasifikasikan sebagai telah sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kepada 83,414 kes.

Pada ketika ini, terdapat sebanyak 20,035 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif, dan kesemuanya sudah diasingkan bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 108 kes sedang dirawqat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 50 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Angka kematian turut mencatatkan pertambahan, apabila dua laporan kematian diterima, masing-masing 1 kes di Sabah dan Melaka, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 kepada 451 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here