Covid-19: Kes harian turun ke angka 3 digit

0
126
Kes positif Covid-19 mengikut negeri

CYBERJAYA – Jumlah kes jangkitan Covid-19 yang dicatatkan di seluruh negara turun ke angka tiga digit dengan Selangor masih kekal mencatatkan kes harian tertinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, secara keseluruhan negara mencatatkan 959 kes baharu hari ini.

“Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 277 kes (28.9 peratus). Ini diikuti oleh negeri Sabah sebanyak 203 kes (21.2 peratus) dan Kuala Lumpur sebanyak 129 kes (13.5 peratus).

“Sebanyak 27 kes (2.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan kluster Tembok (23 kes) dan kluster Penjara Seberang Perai (4 kes),” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak lima kes kematian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 393 kes.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here