Covid-19: Korea Selatan pesan dos vaksin mencukupi bagi 88 peratus penduduknya

0
79
GAMBAR HIASAN

SEOUL – Kerajaan Korea Selatan telah memesan dos vaksin Covid-19 yang mencukupi bagi 88 peratus penduduknya, iaitu sebanyak 44 juta individu.

Menurut al-Jazeera, kesemua dos berkenaan dipesan daripada empat firma farmaseutikal yang menghasilkan vaksin berkenaan dan menerusi program antarabangsa COVAX yang dikelolakan oleh Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO).

Menteri Kesihatan Korea, Park Neung-hoo berkata, pihak kerajaan telah memesan sebanyak 60 juta dos daripada AstraZeneca, Pfizer dan Moderna, dan 4 juta dos lagi daripada Johnson & Johnson, dos mencukupi bagi 34 juta penduduk.

Baki dos yang mencukupi bagi 10 juta lagi penduduk akan diperoleh menerusi COVAX.

Sebagai rekod, bergantung kepada pengeluarnya, vaksin Covid-19 perlu diambil dalam satu atau dua dos.

Bagi vaksin yang diberikan dalam dua dos, dos yang kedua akan diberikan dalam 14 atau 21 hari kemudian.

“Pada awalnya, kerajaan bercadang untuk mendapatkan dos mencukupi bagi 30 juta penduduk, namun mengubah pendirian tersebut pada saat akhir,” kata Neung-hoo, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here