Covid-19: Kuala Lumpur pula catat kes harian tertinggi

0
113
Tan Sri Dr Noor Hisham

CYBERJAYA – Kuala Lumpur melaporkan kes harian tertinggi hari ini dengan 39.3 peratus kes daripada jumlah keseluruhan 1,772 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, secara keseluruhan Kuala Lumpur melaporkan sebanyak 696 kes di mana 567 kes adalah dari kluster Tapak Bina Damanlela yang melibatkan generasi kelima dan keenam.

“Pelaporan kes kedua tertinggi mengikut negeri ini adalah dari negeri Selangor sebanyak 503 kes dan diikuti dengan Sabah sebanyak 260 kes.

“Sebanyak 120 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok (99 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (15 kes), dan Kluster Bakti (6 kes),” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 1,084 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Mengulas lanjut, katanya, hari ini terdapat pertambahan tiga kes kematian Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 422 kes.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here