Covid-19: Negara tutup 2020 dengan kes harian tertinggi baharu

0
71
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Malaysia mencatat bilangan kes harian Covid-19 tertinggi pada hari terakhir 2020 apabila sebanyak 2,525 dilaporkan, hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), daripada jumlah kes baharu berkenaan, 2,512 kes adalah akibat penularan tempatan dan 13 lagi kes adalah kes import.

Selangor menjadi negeri dengan kes tertinggi apabila mencatat sebanyak 1,205 kes, diikuti Sabah dengan 299 kes, dan Melaka dengan 239 kes.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 113,010 kes.

Sementara itu, sebanyak 1,481 kes telah diklasifikasikan sebagai telah sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kepada 88,941 kes.

Pada ketika ini, terdapat sebanyak 23,598 kes yang masih aktif di seluruh negara, yang mana 131 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 60 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Angka keseluruhan kematian akibat Covid-19 turut naik kepada 471 apabila sebanyak 8 laporan kematian diterima.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here