Covid-19: Pecah rekod!

0
194
Jumlah kes Covid-19 di Malaysia hari ini

CYBERJAYA – Malaysia merekodkan kes harian Covid-19 tertinggi sejak wabak tersebut menular di seluruh negara dengan 2,234 kes baharu.

Menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan, Selangor terus merekodkan jumlah kes paling tinggi dalam di seluruh negara dengan 1,428 kes diikuti Sabah 274, Kuala Lumpur 136 kes, Perak 115 kes dan Johor 100 kes.

“Lain-lain negeri ialah Negeri Sembilan dengan 51 kluster sedia ada, enam saringan kontak rapat dan 10 lain-lain saringan diikuti Pahang dengan 40 kluster sedia ada dan lima lain-lain saringan.

“Pulau Pinang pula merekodkan tiga kluster sedia ada, 29 saringan kontak rapat dan 10 lain-lain saringan manakala Kedah merekodkan 11 kluster sedia ada, satu saringan kontak rapat dan dua lain-lain saringan,” katanya.

Katanya, negeri lain yang merekodkan kes baharu ialah Melaka dengan lima kes, Kelantan tiga kes, Terengganu tiga kes dan Putrajaya satu kes.

Tambahnya, secara keseluruhan sebanyak 1,112 kes sembuh dicatatkan manakala jumlah kematian adalah tiga kes.

Menurutnya, tiga kes kematian dilaporkan hari ini melibatkan warganegara dua kes dilaporkan di Sabah dan satu di Labuan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here