Covid-19: Perlis kekal zon hijau, Selangor pula kekal catat kes tertinggi

0
122
Perlis kekal menjadi zon hijau tanpa kes baharu Covid-19

CYBERJAYA – Perlis terus kekal menjadi negeri zon hijau dengan tidak mencatatkan sebarang kes baharu Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor pula kekal menjadi negeri yang melaporkan kes harian baharu tertinggi Covid-19 dengan 441 kes atau 32.9 peratus kes daripada jumlah keseluruhan.

“Ini diikuti oleh Kuala Lumpur dengan sebanyak 284 kes (21.2 peratus) dan Sabah yang melaporkan sebanyak 196 kes (14.6 peratus).

“Sebanyak 134 kes (10 peratus)yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan kluster Penjara Jalan Harapan (58 kes), kluster Tembok Gajah (56 kes), kluster Tembok (10 kes), kluster Penjara Seberang Perai (8 kes) dan kluster Penjara Kepayan (dua kes),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini sebanyak 1,340 kes baharu dilaporkan dan 1,067 pesakit sembuh sepenuhnya.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak empat kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan di seluruh negara.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak tiga kluster baharu dilaporkan hari ini iaitu kluster Tapak Bina Metropolis, kluster Estate Maju dan kluster Batu 39.

Selain itu, katanya, tiga kluster tamat pada hari ini iaitu kluster Saga, kluster Tatahan dan kluster Sakti di Sabah.

“Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 199 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 44 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.

“Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah kluster Tapak Bina Metropolis (140 kes), kluster Ceram (107 kes), dan kluster Penjara Jalan Harapan (58 kes),” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here