Covid-19: Pfizer mohon kebenaran penggunaan kecemasan vaksin di India

0
102

NEW DELHI – Firma farmaseutikal Pfizer Inc. difahamkan telah momohon kebenaran penggunaan kecemasan bagi vaksin keluarannya bagi digunakan di India.

Menurut laporan Reuters, permohonan Pfizer tersebut dikemukan kepada Badan Kawalan Dadah (DCGI) baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, tambah Reuters, cubaan mendapatkan komen daripada DCGI dan pegawai kementerian kesihatan mengenai permohonan tersebut gagal.

Namun, seorang pegawai kerajaan yang tidak dinamakan memberitahu agensi berita tersebut bahawa tiada sebarang permohonan diterima setakat malam tadi.

Vaksin yang dihasilkan secara usahasama dengan firma German, BioNTech tersebut telah memperoleh kebenaran untuk digunakan di Britain pada Rabu lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here