Covid-19: Program inokulasi bermula esok

0
53

LONDON – Britain akan memulakan proses inokulasi rakyatnya esok.

Menurut Reuters, proses inokulasi menggunakan vaksin buatan Pfizer/BioNTech itu akan diberikan kepada rakyat yang berumur di atas 80 tahun, petugas dan residen pusat jagaan, dan petugas barisan hadapan.

Vaksin ini perlu disimpan pada suhu -70 darjah Celcius dan hanya bertahan selama 5 hari jika disimpan dalam peti sejuk biasa.

Pada waktu ini, hanya 50 buah hospital di seluruh negara menerima vaksin tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here