Covid-19: Selangor catat kes baharu tertinggi, diikuti Sabah dan Johor

0
162
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Negeri Selangor kembali menjadi negeri dengan angka kes baharu Covid-19 tertinggi apabila sebanyak 417 kes dilaporkan hari ini.

Sabah di tangga kedua dengan 271 kes, diikuti Johor dengan 108 kes.

Secara keseluruhannya, sebanyak 1,012 kes baharu direkodkan di seluruh negara tengah hari tadi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan dalam negara kepada 75,306 kes.

Sementara itu, sebanyak 1,705 kes telah diklasifikasikan sebagai sembuh dan didiscaj daripada hospital, menjadikan angka keseluruhan kes sembuh kepada 64,056 kes.

Pada ketika ini, masih terdapat 10,863 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif dan kesemuanya sudah diasingkan bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 126 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 62 kes diberi bantuan pernafasan.

Angka kematian keseluruhan turut mencatatkan kenaikan apabila sebanyak 4 lagi kematian dilaporkan, dengan kesemuanya dilaporkan di Sabah.

Ini menjadikan angka keseluruhan kematian akibat pandemik ini di dalam negara meningkat kepada 388 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here