Covid-19: Singapura kesan satu kes varian B117

0
203
GAMBAR HIASAN

Singapura – Satu kes positif akibat varian baharu Covid-19 disahkan di negara ini, hari ini.

Menurut portal mothership.sg, varian Covid-19 yang dikenali sebagai B117 itu, dikenal pasti menjangkiti seorang pelajar yang baharu pulang dari United Kingdom.

Pelajar perempuan berusia 17 tahun itu dilaporkan melanjutkan pelajaran di UK sejak Ogos.

Dia pulang ke Singapura pada 6 Dis dan sedang menjalani perintah kuarantin wajib apabila dia jatuh demam pada keesokan harinya.

Menurut pegawai kesihatan tempatan, pelajar tersebut disahkan positif pandemik tersebut pada 8 Dis.

Setakat ini, terdapat 11 lagi pesakit didapati menghidap varian B117 dalam ujian awal di Singapura, dan ujian lanjut sedang dijalankan bagi mendapatkan pengesahan.

Menurut kajian awal, varian B117 telah mengalami 23 mutasi.

Selain UK, negara lain yang melaporkan kewujudan varian ini adalah Australia, Denmark, Itali, Iceland dan Belanda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here