Covid-19: Sputnik V diedarkan ke klinik di Moscow

0
81
GAMBAR HIASAN

MOSCOW – Pasukan bertindak koronavirus mengumumkan bahawa vaksin Sputnik V telah diedarkan ke 70 buah klinik di sekitar bandar raya ini sebagai permulaan kepada program inokulasi besar-besaran.

Menurut The Guardian, pasukan tersebut memaklumkan vaksin tersebut akan diberikan dahulu kepada petugas barisan hadapan seperti petugas perubatan, guru dan petugas sosial.

Individu yang menerima vaksin tersebut dimaklumkan menerusi satu mesej teks yang berbunyi, “Anda bekerja institusi pendidikan oleh itu anda mempunyai keutamaan untuk menerima vaksin Covid-19 dengan percuma.”

Penerima vaksin tersebut dihadkan pada umur 60 tahun. Selain itu, individu yang mempunyai masalah kesihatan termasuk masalah respiratori dan wanita mengandung dilarang mengambil vaksin tersebut.

Vaksin Sputnik V diberi dalam dua dos, dengan dos kedua diberikan selepas 21 hari.

Rusia membangunkan dua vaksin, iaitu Sputnik V yang disokong oleh Dana Pelaburan Langsung RUSIA (RDIF) dan satu lagi vaksin yang dibangunkan oleh Institut Vektor di Siberia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here