Dari Alor Setar ke Datuk Bandar di California

0
388
Jocelyn Yow yang mempunyai susur galur keturunan rakyat Malaysia-Vietnam.

PETALING JAYA: Wanita muda berusia 25 tahun berketurunan Malaysia-Vietnam menjadi Datuk Bandar bukan kulit putih termuda di bandar Eastvale, California, Amerika Syarikat (AS). 

Jocelyn Yow merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat HWa di Alor Setar, Kedah dan pernah tinggal di negara ini selama satu dekad sebelum berhijrah bersama bapanya ke AS. 

“Saya bangga menjadi anak kepada keluarga saya dan orang Cina Malaysia-Vietnam,” kata dalam hantaran di Instagram.

Pengumuman dan majlis angkat sumpah pada Rabu lalu mengiktiraf Jocelyn sebagai “wanita termuda dari kalangan bukan kulit putih yang berkhidmat sebagai Datuk Bandar di Calfornia”.

Selepas berkhidmat sebagai Ahli Majlis Bandar Eastvale pada 2018, beliau menyandang jawatan datuk bandar sementara di daerah Riverside yang mempunyai kira-kira 55,602 penduduk sejak tahun lalu.

Ibu kepada seorang anak lelaki berusia enam bulan itu berkata, bapanya berhijrah ke AS pada tahun 1980 untuk melanjutkan pelajaran.

“Pada tahun 1996, kami terpaksa pindah ke Malaysia ketika datuk ayah saya didiagnosis menghidap barah dan akhirnya saya menghabiskan lebih dari 10 tahun di sana, yang membolehkan saya belajar lebih banyak mengenai sejarah keluarga, warisan dan budaya kami,” katanya.

Catatan itu disertakan dengan dua gambarnya yang memakai kebaya dan cheongsam.

Menurut laporan, Jocelyn belajar di University of California, Berkeley, dan kini melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dalam Pentadbiran di Harvard Extension School.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here