Lelaki lompat pagar SPRM, Addy Kanna ditahan 2 tahun bawah POCA

0
412
Alvin Goh

KUALA LUMPUR – Dalang utama sindiket Macau Scam yang pernah menggemparkan negara apabila melompat pagar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melarikan diri, Alvin Goh ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) selama dua tahun.

Turut ditahan di bawah akta itu ialah Addy Kanna, bersama dua lagi anggota polis.

Memetik laporan Harian Metro, Alvin atau nama sebenarnya Goh Leong Yeong akan ditahan di Penjara Simpang Renggam, Johor bersama seorang lagi anggota polis.

Manakala, Addy Kanna pula ditahan di Penjara Pokok Sena, Kedah dan seorang lagi anggota polis dari Kontinjen Selangor ditahan di Penjara Bentong, Pahang.

Semua hukuman tahanan selama dua tahun itu diputuskan Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ), Kementerian Dalam Negeri, Jumaat lalu.

Alvin dan Addy masing-masing ditahan pada 2 dan 3 Oktober lalu oleh SPRM selepas didapati menjalankan aktiviti penipuan Macau Scam dan judi dalam talian yang mensasarkan mangsa di China dan bekerjasama dengan kartel penipuan di luar negara.

Bagaimanapun, selepas dibebaskan daripada reman oleh SPRM Alvin bertindak melarikan diri sebaik menyedari anggota polis sedang menunggunya di luar ibu pejabat SPRM untuk ditahan.

Sementara itu, kes tersebut juga mendapat perhatian orang ramai berikutan gaya hidup mewah yang ditonjolkan oleh suspek kes berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here