Dedahkan jenama produk daging sejuk beku diragui status halal

0
270
Mohd Nor Izzat Johari

CYBERJAYA – Pihak berkuasa berkaitan pengimportan dan perdagangan perlu tampil mendedahkan jenama-jenama produk daging sejuk beku yang diragui status halal demi kepentingan umat Islam.

Naib Pengerusi Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA), Mohd Nor Izzat Johari berkata, selepas pendedahan kartel pengimportan daging yang tidak mempunyai status halal, pengguna Islam di negara ini percaya masih banyak produk seumpama itu berada di pasaran.

Justeru katanya, untuk mengelakkan keraguan pihak berkuasa perlu telus dengan mendedahkan segera jenama daging tersebut sebelum lebih ramai umat Islam tersalah beli.

“Kita semua mahu pihak berkuasa dedahkan segera jenama produk daging yang didapati status halalnya diragui.

“Pembela juga menasihatkan pengguna Islam supaya berhenti membeli daging sejuk beku yang pelik jenamanya.

“Takut-taku apa yang dibeli itu bukan daging lembu tetapi daging kanggaroo,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini media mendedahkan kewujudan pengimportan daging sejuk beku dari negara-negara diragui status halal yang dikuasai oleh kartel tertentu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here