Demi rindu, lelaki harungi 177km berjalan kaki, naik jet ski

0
219

ISLE OF MAN – Kerana rindu, seorang lelaki sanggup mengambil risiko menunggang sebuah jet ski mengharungi lautan walaupun tidak mempunyai pengalaman mengendarai kenderaan tersebut.

Setelah 4 jam mengharungi lautan bergelora pada Jumaat lalu, beliau berjaya tiba dan berjumpa dengan buah hatinya, namun kemudiannya ditangkap pula kerana melanggar arahan kuarantin.

Gambar McLaughlan yang baharu tiba di Pelabuhan Ramsey berjaya dirakam oleh orang ramai yang berada di pelabuhan tersebut. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

Menurut portal IOMToday, Dale McLaughlan, 28, dijatuhkan hukuman penjara selama 4 minggu.

McLaughlan yang berasal dari Scotland, membeli jet ski tersebut dan kemudiannya membawanya ke kawasan pantai Isle of Withom yang terletak kira-kira 113 kilometer (km) dari kediamannya di bandar Irvine, North Ayrshire.

Perjalanan merentas lautan sejauh kira-kira 40km itu pada awalnya dijangkakan mengambil masa selama 40 minit, namun McLaughlan yang tidak mempunyai pengalaman dalam merentasi lautan terlupa mengambil kira faktor cuaca menyebabkan perjalanan tersebut memakan masa selama 4 jam setengah.

Sejurus tiba di Pelabuhan Ramsey di Isle of Man, McLaughlan kemudiannya berjalan kaki ke bandar kediaman teman wanitanya di Douglas, yang terletak kira-kira 24km dari lokasi beliau mendarat.

Menurut pihak berkuasa tempatan, McLaughlan kemudiannya ditahan setelah dua hari tiba, dan dijatuhkan hukuman penjara kerana tidak menjalani kuarantin setelah memasuki pulau tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here