Denda RM300 jika gunakan skuter elektrik di jalan raya

0
192
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Penggunaan skuter elektrik di atas jalan raya atau kawasan selain yang diwartakan di ibu negara adalah dilarang bermula 1 Januari depan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya, individu yang melanggar arahan ini berdepan tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dibawah akta ini, individu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 54 APJ 1987 dengan kesalahan pertama didenda sebanyak RM300 dan kesalahan kedua, boleh didenda sebanyak RM1,000.00 atau penjara tiga bulan.

“Penunggang skuter elektrik tidak dibenarkan untuk menggunakannya di atas jalan raya kerana ia menganggu pengguna jalan raya yang lain, boleh mendatangkan bahaya atau terlibat kemalangan,” kata Zulkefly, hari ini.

Kata Zulkefly, pihaknya menerima banyak aduan daripada orang awam mengenai tindakan penunggang skuter elektrik yang menunggang di atas jalan raya di ibu negara.

Skuter elektrik hanya boleh digunakan di lokasi yang diwartakan iaitu di taman-taman permainan, kawasan pejalan kaki, atau sekitar pusat beli-belah.

Beliau kemudiannya menambah, penunggang skuter elektrik perlu memohon lesen kebenaran khas daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), jika mahu menggunakan skuter berkenaan di atas jalan raya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here