Denda RM35 cabul kehormatan di Vietnam

0
266
Rakaman CCTV memaparkan tindakan seorang lelaki warga asing mencabul kehormatan seorang wanita di Ho chi Minh, Vietnam.

Ho Chi Minh – Pihak berkuasa negara ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak sebanyak 200,000 dong (RM35) ke atas seorang lelaki warga Estonia atas kesalahan melakukan gangguan seksual terhadap wanita penduduk tempatan.

Dalam kejadian yang dirakam oleh kamera litar tertutup itu, lelaki berusia 44 tahun berkenaan bertindak memukul punggung seorang wanita ketika menaiki lif.

Mangsa yang memberitahu perkara itu kepada suaminya bertindak menjejak lelaki berkenaan untuk menuntut permohonan maaf namun telah dimaki hamun.

Selepas risau dengan keselamatan diri dan keluarga, mangsa akhirnya membuat laporan polis.

Vietnam merupakan antara negara yang tidak menguatkuasakan undang-undang yang ketat dan serius terhadap kesalahan gangguan seksual.

Ia bukan sahaja dianggap sebagai kesalahan kecil bahkan tidak termasuk sebagai satu jenayah.

Bayaran denda bagi kesalahan itu di negara itu adalah sekitar 100,000 dong (RM17.53) hingga 300,000 dong (RM52).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here