Deposit wang ke akaun TH di kaunter Pos Malaysia ditamatkan 2 Januari

0
99

CYBERJAYA – Urusan deposit wang ke akaun Lembaga Tabung Haji (HJ) melalui kaunter cawangan Pos Malaysia akan ditamatkan bermula 2 Januari tahun hadapan.

Langkah itu diambil selepas TH dan Pos Malaysia memperkenalkan perkhidmatan deposit wang secara terus ke dalam akaun TH secara dalam talian menerusi Pos Online di www.posonline.com.my.

TH dalam satu keyataannya berkata, langkah berkenaan adalah sejajar dengan usaha TH dan Pos Malaysia dalam meningkatkan perkhidmatan secara digital yang lebih mudah dan berkesan.

“Pelaksanaan langkah tersebut juga dapat memastikan pelaksanaan usaha wajar pelanggan (Compliance Due Diligence-CCD) dipatuhi sepenuhnya.

“Sehubungan dengan itu, mulai 2 Januari depan, urusan deposit wang ke akaun TH melalui kaunter Cawangan Pos Malaysia akan ditamatkan,” kata kenyataan itu hari ini.

Sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan tersebut boleh diajukan kepada Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03 62071919 atau faks 03 77284959atau e-mailkan ke th-info@lth.gov.my. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here