Dua kakitangan RHB di Bangi positif Covid-19

0
287
Kompleks RHB di Bangi.

CYBERJAYA – Kumpulan Perbankan RHB hari ini mengesahkan dua kakitangannya di Kompleks RHB di Bangi dekat sini positif Covid-19.

Dalam kenyataan dikeluarkan RHB hari ini, pekerja di premis berkenaan disahkan positif dan kini sedang menjalani proses kuarantin diri.

“Kali terakhir pekerja terbabit berada di pejabat adalah pada 27 November dan 30 November.

“RHB sedang membantu pihak berwajib dalam pengesanan kontak dan sebagai langkah berjaga-jaga tambahan. Pekerja yang terdedah dengan kedua-dua pekerja itu turut menjalani proses kuarantin di rumah masing-masing,” katanya.

Sementara itu, usaha pembersihan secara menyeluruh dan sanitasi juga telah dilakukan seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan.

“Kami telah mengambil semua langkah-langkah perlu yang ditetapkan bagi memastikan kesihatan dan keselamatan para pelanggan, pekerja kami serta komuniti,” katanya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here