Gangguan bekalan air di sekitar Shah Alam, Klang pulih tengah hari ini

0
117

SHAH ALAM – Gangguan bekalan air di beberapa kawasan sekitar Klang dan Shah Alam akibat paip pecah di Jalan Persiaran Jubli Perak, Seksyen 24 di sini dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan, kerja-kerja pembaikan paip pecah di lokasi berkenaan telah dimulakan semalam dan telah siap sepenuhnya pada pukul 6 pagi tadi.

Berikutan itu, Air Selangor berkata, bekalan air di kawasan terjejas iaitu di Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25 telah kembali pulih bermula pukul 6.30 pagi tadi.

“Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Air Selangor atau merujuk semua saluran komunikasi rasmi kami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Air Selangor semalam mengeluarkan notis bagi memaklumkan mengenai gangguan bekalan air berkenaan di beberapa kawasan sekitar Klang dan Shah Alam susulan insiden paip pecah tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here