Hammockers dari 5 negara bergabung secara maya

0
107
Program ini dirasmikan oleh Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin yang berlintas langsung dari Hutan Lipur Lubuk Yu di Maran, Pahang.

CYBERJAYA – Buat julung kalinya, satu program himpunan para penggiat hammock berjaya diadakan secara maya, hari ini.

Program anjuran Persatuan Hammockers Malaysia dan Hugs Project ini berjaya mengumpulkan 62 peminat daripada Malaysia, Indonesia, Pakistan, Australia dan Filipina yang berhimpun secara maya menggunakan aplikasi Zoom.

Pengarah Program, Laili Basir sewaktu lintas langsung dari Hutan Lipur Lubuk Yu di Maran, Pahang.

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama program seumpama itu diadakan di seluruh dunia.

“Saya amat berterima kasih kepada semua yang menyertai perhimpunan maya ini.

GAMBAR IHSAN www.kofnikel.com

“Walaupun kita dibataskan oleh jarak dan pandemik Covid-19 yang melanda dunia, tetapi atas minat yang sama kita dapat berkumpul sambil berkongsi minat kita,” kata Pengarah Program, Laili Basir ketika berlintas langsung dari Taman Ekorimba Lubuk Yu di Maran, Pahang.

Program tersebut dirasmikan oleh Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin yang turut bersiaran dari Lubuk Yu.

Selain berkongsi visual lokasi pemasangan hammock masing-masing, para peserta himpunan turut berpeluang mendengar perkongsian maklumat menerusi lintas langsung dari beberapa lokasi termasuk Cyberjaya, Kota Kinabalu dan Lubuk Yu di Malaysia, dan Bandung di Indonesia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here