Harga RON95, RON97 dan diesel naik 3 sen

0
93
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Harga runcit baharu bagi petrol RON95, RON97, dan diesel naik sebanyak 3 sen berkuat kuasa esok hingga 18 Disember ini.

Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan berkata, harga runcit RON95 yang sebelum ini RM1.70 seliter dinaikkan kepada RM1.73 seliter sepanjang tempoh berkenaan.

Sementara harga runcit bagi RON97 dinaikkan kepada RM2.03 seliter berbanding RM2 seliter sebelum ini.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan juga mengumumkan peningkatan harga runcit diesel iaitu daripada RM1.90 seliter kepada RM1.93 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here