Hong Kong: Pesakit Covid-19 berjaya ditahan selepas dua hari larikan diri dari hospital

0
105
Petugas hospital sedang memasang penghadang dalam wad isolasi pesakit Covid-19 di Hospital Queen Elizabeth, Hong Kong. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

HONG KONG – Seorang pesakit Covid-19 yang berjaya melarikan diri daripada sebuah hospital berjaya ditahan hari ini.

Menurut Sky News, lelaki itu, Li Wan-keung, yang dikenalpasti sebagai Pesakit 7379, berjaya melarikan diri daripada pusat isolasi di Hospital Queen Elizabeth pada Jumaat lalu.

Wan-keung pada mulanya dimasukkan ke hospital itu pada 14 Disember lalu setelah didapati positif.

Menurut pihak berkuasa, Wan-keung, 63, berjaya menyelinap keluar dengan menyarungkan sehelai jaket dan berpura-pura seperti pelawat.

Operasi memburu pesakit itu berjalan selama dua hari, sebelum dia dikesan bersembunyi di wilayah Mong Kok.

Pihak berkuasa telah turut memulakan operasi pengesanan kontak rapat bagi mengesan mana-mana individu yang ada berhubungan dengan pesakit itu dalam tempoh dua hari dia melarikan diri.

Mana-mana pesakit yang melarikan diri daripada perintah kuarantin di Hong Kong berdepan hukuman denda HK$5,000 (RM2,612) dan sehingga dua bulan penjara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here