Hungary gubal undang-undang sekat hak pasangan sejenis ambil anak angkat

0
165
Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban

BUDAPEST – Hungary menjadi negara pertama di dunia yang memasukkan frasa ‘ibu adalah wanita, manakala bapa adalah lelaki’ dalam perlembagaannya bagi menghalang cubaan pasangan sama jantina mengambil anak angkat.

Menurut portal Financial Times, Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban menerangkan ‘proses ideologi baru di Barat’ menyebabkan langkah terpaksa diambil bagi ‘melindungi kanak-kanak daripada kemungkinan gangguan biologi atau ideologi’.

Pindaan tersebut turut memasukkan frasa ‘jantina kanak-kanak adalah seperti yang ditentukan pada waktu lahir’ dan ‘memastikan kanak-kanak tersebut dibesarkan menurut budaya Kristian (Hungary)’.

Undang-undang ini merupakan satu langkah berani Hungary dalam menentang fahaman LGBTQ daripada menular dalam kalangan rakyatnyta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here