i-Sinar: CEO KWSP setuju bawa keluhan orang ramai ke pengetahuan Menteri Kewangan

0
225
EPF
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersetuju untuk membawa maklum balas daripada orang ramai yang tidak bersetuju dengan kriteria ketat dibuat untuk mengeluarkan wang melalui program i-Sinar kepada Menteri Kewangan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki selepas beliau menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias.

“Alhamdulillah, saya sudah menghubungi Tunku Alizakri Alias dan meminta beliau untuk mansuhkan sahaja semua syarat dan kriteria yang ditetapkan bagi mempermudahkan urusan rakyat khususnya para pencarum untuk mengeluarkan wang simpanan mereka melalui i-Sinar Akaun 1.

“Insya-Allah, beliau respon dan jawab dengan baik dan positif untuk bawa isu ini dan akan berbincang lanjut dengan Menteri Kewangan mengenainya.

“Doakan agar ada natijah yang positif untuk rakyat,” katanya dalam satu komen dalam satu hantaran menerusi Facebook miliknya hari ini.

Dalam pada itu, Asyraf berkata, pihaknya bukan sengaja mahu meraih populariti dengan memperjuangkan isu KWSP atau cuba menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Sebaliknya, beliau berkata, tindakan itu terpaksa diambil selepas mendengar rungutan daripada orang ramai yang terkesan akibat Covid-19 dan memerlukan bantuan segera melalui i-Sinar.

“Hakikatnya rakyat di bawah bukan sahaja di kalangan B40 tetapi juga M40 bahkan yang dahulunya berada dalam kategori T20 susah, gelisah bahkan cemas memikirkan soal-soal kelangsungan hidup mereka yang terjejas. Ini termasuk lebih 800,000 yang sudah hilang pekerjaan sejak Covid-19 melanda.

“Sebab itulah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia secara konsisten dari awal mengangkat isu ini sebagai salah satu daripada perkara rakyat yang cemas dan tertekan mahukan,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here