Indonesia terima penghantaran kedua vaksin Sinovac

0
91

JAKARTA – Negara Indonesia menerima penghantaran kedua dos vaksin Covid-19 daripada firma Sinovac, hari ini.

Menurut Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin, panghantaran kali ini melibatkan sebanyak 1.8 juta dos.

Pada 6 Disember lalu, negara tersebut telah menerima sebanyak 1.2 juta dos daripada firma yang sama.

“Vaksin ini sudah boleh mula diedarkan ke semua 34 wilayah.

“Kita sudah boleh mulakan proses vaksinasi bagi petugas barisan hadapan dahulu, sebelum orang ramai mula kembali bekerja pada Januari 2021 nanti,” kata Budi dalam satu siaran langsung yang disiarkan di rangkaian televisyen tempatan, kata Reuters.

Proses vaksinasi bagi seluruh Indonesia dijangka mengambil masa selama 12 bulan, tambah Budi.

Secara keseluruhannya, Indonesia telah memesan sebanyak 329 juta dos vaksin, iaitu 125 juta dos daripada Sinovac, 50 juta dos masing-masing daripada Novavax, Pfizer, dan AstraZeneca, dan 54 juta lagi menerusi program COVAX.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here