[VIDEO] Islam bukan bangsa, jadi mengapa kata BMF rasis?

0
802
Firdaus ketika dalam Bicara BMF fi Malakat Mall hari ini

CYBERJAYA – “Kempen Buy Muslim First atau Beli Produk Muslim Dahulu (BMF) bukan satu kempen yang rasis,” kata Pengasas Multiracial Reverted Muslim Malaysia (MRMM), Firdaus Wong Wai Hung.

Pendakwah terkenal Cina Muslim itu berkata, BMF secara dasarnya tidak memperjuang hak sesuatu bangsa sebaliknya menggunakan slogan ‘Buy Muslim First’ iaitu membabitkan agama Islam.

Islam bukan bangsa, jadi mengapa kata BMF rasis?

“Jika BMF meletakkan perkataan ‘Melayu’ betul, itu rasis. Tetapi, kempen ini memperjuangkan produk Muslim. Jika Muslim semua ada, Melayu ada, Cina ada dan India pun ada, jadi di mana rasisnya?.

“Saya tidak setuju jika kata kempen ini rasis, di mana rasisnya?. Kempen ini ‘Buy Muslim First’ dan tidak merujuk kepada Melayu semata-mata,” katanya dalam Bicara BMF di Malakat Mall hari ini.

Firdaus ketika mengupas persepsi yang mengatakan BMF rasis

Menurut Firdaus, jika BMF disifatkan rasis, bagaimana pula takrifan ketika kempen Buy Malaysia First yang diperkenalkan pada awal pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1981.

“Bagaimana pula dengan kempen boikot barangan Perancis baru-baru ini, adakah itu rasis juga. Kena faham, definisi setiap kempen dengan jelas dan jangan melabelkannya secara melulu,” katanya.

Para pengunjung membeli barangan di Raudhah Grocer . – foto FARID JANUDIN

Sementara itu katanya, bagi merancakkan lagi kempen BMF, Firdaus menyarankan agar usahawan Muslim meningkatkan kualiti setiap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan.

“Ini perkara yang perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh para peniaga, kadang-kadang ada yang cakap kempen ini makin lesu dan lemah. Jadi, kita cari punca yang menyebabkan situasi itu berlaku.

“Kempen BMF ini perlu ada sentimen untuk menjaga kualiti produk dan perkhidmatan. Apa yang saya lihat banyak aspek yang kia perlu perbaiki kerana ramai sebenarnya yang suka ambil kesempatan,” katanya.

Ditanya sama ada kempen BMF menjatuhkan perniagaan bangsa lain, Firdaus berkata, situasi itu sama sekali tidak berlaku, sebaliknya memberi persaingan sihat dalam merancakkan ekonomi negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here