Jenazah Tun Rahah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara

0
266
Gambar kenangan Datuk Seri Najib Tun Razak mencium tangan Allahyarhamah Tun Rahah

CYBERJAYA – Jenazah ibu kepada Datuk Seri Najin Tun Razak, Tun Rahah Mohd Noah akan diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara dan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jenazah balu kepada Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak itu akan dikebumikan esok.

“Saya mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh ahli keluarga di atas kepulangan ke rahmatullah Tun Rahah hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut berdoa
semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah Tun Rahah dan menempatkan beliau bersama-sama golongan yang beriman.

Allahyarhamah Tun Rahah, 87, menghembuskan nafas terakhir selepas beberapa hari menerima rawatan di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here