Jururawat positif Covid-19 selepas terima suntikan vaksin

0
844

CALIFORNIA – Seorang jururawat disahkan positif Covid-19 selepas lebih seminggu menerima suntikan vaksin keluaran Pfizer/BioNTech.

Jururawat tersebut yang dinamakan sebagai Matthew W., memuatnaik satu paparan di laman Facebook miliknya bahawa dia menerima suntikan tersebut pada 18 Disember lalu, kata Reuters.

Susulan suntikan itu, beliau berkata, lengan beliau mengalami kebengkakan namun tiada simptom lain.

Walaubagaimanapun, Matthew, 45, mula mengalami demam, sakit badan dan keletihan melampau selepas 6 hari.

Beliau kemudiannya menjalani ujian pengesanan Covid-19 dan disahkan positif dua hari kemudian.

Menurut pakar penyakit berjangkit di Pusat Kesihatan Keluarga San Diego, Christian Ramers, keadaan ini sememangnya sudah dijangka.

“Berdasarkan ujian klinikal vaksin tersebut, ia akan mengambil masa selama 10 ke 14 hari sebelum ia berkesan.

“Dos pertama dijangka memberi perlindingan hingga 50 peratus, diikuti dos kedua yang diambil kemudian akan meningkatkan perlindungan itu kepada 95 peratus,” kata Ramers ketika mengulas mengenai kes jangkitan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here