Kaji buka semula sektor pelancongan dan aktiviti sukan

0
110

CYBERJAYA – Kerajaan telah menerima pelbagai permohonan untuk pembukaan semula sektor tertentu susulan kebenaran rentas negeri sejak Isnin lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, antara yang membuat permohonan ialah sektor pelancongan dan aktiviti sukan.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya masih dalam rundingan tentang pembukaan beberapa sektor.

“Kami menerima pelbagai permohonan daripada pihak yang terlibat dalam sektor pelancongan, seperti Legoland dan Zoo Negara.

“Kita sudah meminta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya membuat kertas cadangan mereka, dari segi pembukaan kawasan pelancongan yang mereka fikirkan perlu,” katanya dalam sidang akhbar hari ini. 

Menurut Ismai Sabri, bagi aktiviti sukan, Kementerian Belia dan Sukan turut memohon pembukaan untuk aktiviti sukan, seperti bola sepak, futsal dan sebagainya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here