Kematian kucing di mesin ATM dipercayai khianat

0
163
Gambar seekor kucing mati tersepit di pintu kiosk ATM yang tular baru-baru ini.

CYBERJAYA – Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) merayu pihak pengurusan sebuah bank di Taman Tampoi Utama, Johor Bahru memberi kerjasama berhubung kejadian seekor kucing yang mati tersepit pada pintu kiosk mesin ATM.

Bukti daripada rakaman litar kamera tertutup (CCTV) di mesin ATM itu diperlukan sebagai jawapan dan bukti kepada kejadian yang dipercayai perbuatan khianat.

Animal Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, berdasarkan gambar yang menunjukkan kedudukan kucing pada pintu gelongsor automatik berkenaan, amat mustahil untuk mengatakannya berlaku kerana kemalangan.

“Kucing tidak akan tunggu di sesuatu tempat jika berlaku bunyi bising.

“Sudah tentu bunyi shutter yang kuat sewaktu ia diturunkan akan menakutkan kucing dan ia akan lari.

“Ini seolah-olah badan kucing sengaja ditahan hingga lehernya tersepit,” katanya.

Animal Malaysia berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira pukul 4.30 pagi selepas orang ramai menyedari kematian kucing tersebut pada pukul 3 pagi.

“Kejadian sememangnya berlaku pukul 12.00 tengah malam sesuai waktu penutupan pintu secara automatik. Setiap bank akan menutup pintu shutdddter di ATM bermula pukul 12.00 malam dan hanya akan membukanya semula pukul 6.00 pagi,” katanya.

Ujarnya, selain mengharapkan rakaman CCTV daripada pihak bank, mana-mana individu yang tahu mengenai kejadian itu diminta berkongsi maklumat kepada Animal Malaysia di www.wasap.my/+601120901097 dengan segera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here