Kemelut DUN Perak: Bersatu kesal MB disingkirkan

0
192
Datuk Seri Hamzah Zainudin

CYBERJAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kesal dengan dengan apa yang berlaku dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini yang menyebabkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang kepercayaan sebagai Menteri Besar Perak.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Bersatu sentiasa berpegang teguh dengan prinsip persefahaman dan kerjasama yang terbentuk antara parti kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Bersatu akan memantau situasi semasa dan akan terus bersama Pas dan teman-teman parti anggota PN yang lain dalam membuat keputusan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua ADUN Bersatu, Pas dan dua ADUN Bebas serta seorang ADUN UMNO yang menyokong usul percaya terhadap menteri besar.

Ahmad Faizal yang lebih dikenali sebagai Peja tewas dalam undi percaya terhadapnya apabila hanya peroleh 10 sokongan manakala 48 ADUN tidak menyokong dan satu undi berkecuali.

Situasi tersebut menyebabkan beliau hilang keyakinan sebagai menteri besar.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here