Kemelut DUN Perak: Pas tak sokong pembentukan kerajaan baharu

0
211
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan

CYBERJAYA – Pas mengambil keputusan untuk tidak menyertai atau menyokong pembentukan kerajaan baharu di Perak susulan perkembangan terkini politik di negeri itu.

Bagaimanapun Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas akan terus berperanan sebagaimana biasa dalam masyarakat di peringkat negeri mahupun nasional.

“Pas mengambil maklum keputusan usul keyakinan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadap Menteri Besar Perak hari ini di mana tiga ADUN Pas menyokongnya selaras dengan pendirian yang dibuat oleh Lajnah Politik Pas Pusat.

“Maka selaras dengan keputusan tersebut, Pas Pusat telah membuat ketetapan untuk tidak menyertai usaha pembentukan kerajaan negeri Perak yang baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak gagal mendapatkan sokongan ADUN untuk mengekalkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak.

Beliau hanya mendapat sokongan 10 daripada 59 ADUN yang mana kesemua ADUN daripada Pas menyokong beliau.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here