Kemelut politik Perak: Bersatu ikut Pas

0
358
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memutuskan sebarang keputusan yang bakal diambil pihaknya berkaitan penubuhan kerajaan negeri Perak yang baharu akan mengambil kira ketetapan bersama rakan-rakan Perikatan Nasional (PN) terutama Pas.

Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu hari ini, yang dipengerusikan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, mesyuarat itu dibuat bagi membincangkan hala tuju dan pendirian Bersatu berhubung perkembangan politik semasa.

“Dalam mesyuarat tersebut, MPT sekali lagi menzahirkan rasa kesal terhadap Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap Menteri Besar Perak yang diusulkan oleh UMNO tetapi tidak disokong oleh UMNO dan Pakatan Harapan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, dalam mesyuarat itu MPT Bersatu juga sebulat suara bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama antara parti itu dan PAS melalui Perikatan Nasional dalam usaha mengekalkan kestabilan politik di peringkat nasional dan negeri.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here